Together, Building
a Better Petaling Jaya

It has been an extraordinary journey serving the people of Petaling Jaya for the past two years.

While I’ve actively participated in parliamentary debates and taken clear positions on national issues, my unwavering focus remains on tackling challenges on the ground. I am deeply committed to solving local problems—from improving public transportation and youth training to addressing the needs of our aging society and strengthening community engagement.

Every day, I strive to enhance public service delivery, not through rhetoric but through persistent, hands-on efforts.

My aspiration is to work alongside you—to drive change from the grassroots, through our constituency, and all the way to the national level.

As I’ve always said: Let’s ensure Petaling Jaya remains a sustainable, prosperous, and liveable heart of the Klang Valley!
Comments Box SVG iconsUsed for the like, share, comment, and reaction icons

Perletakan Jawatan Menteri Anthony Loke Tidak Akan Mengubah Apa-apa

Semalam, Setiausaha Agung DAP Anthony Loke meletakkan jawatan sebagai menteri ekoran Datuk Seri Najib mula jalani tahanan di rumah.

Selama ini, apabila Perdana Menteri Datuk Seri Anwar melakukan kesilapan, pasti ada pihak yang tampil mempertahankannya, termasuk segelintir pemimpin dan pertubuhan masyarakat Cina.

Alasannya tetap sama: Anwar masih pilihan terbaik sebagai Perdana Menteri. PH bukan lagi memerintah bersendirian, maka semua pihak perlu berkompromi demi kestabilan politik.

Tetapi sampai bila prinsip perlu dikorbankan atas nama kompromi?

Pada 2 Oktober lalu, saya meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen. Ini adalah kerana saya tidak lagi percaya Anwar merupakan rakan politik yang boleh dipercayai untuk melaksanakan reformasi, membanteras rasuah dan menegakkan tadbir urus yang baik.

Selama beberapa tahun, sikap Anwar yang gagal bertindak telah menghakis kepercayaan rakyat terhadap perjuangan reformasi yang dibina selama lebih 20 tahun.

Daripada isu pemilikan saham Ketua Pesuruhjaya SPRM, dakwaan mafia korporat, tahanan rumah Najib dan minit mesyuarat Lembaga Pengampunan yang tidak didedahkan, sehinggalah sekatan yang makin ketat terhadap media, terlalu banyak perkara yang tidak boleh lagi dipandang ringan.

Saya bukan datang daripada DAP, MCA atau parti-parti Sabah dan Sarawak. Saya datang daripada PKR sendiri.

Selama 18 tahun, saya menyaksikan dan cuba membawa perubahan dari dalam. Jika saya terus berdiam diri, rakyat mungkin masih menyangka reformasi PKR dan PH boleh diselamatkan.

Hakikatnya, ia sudah “beyond repair”.

Dahulu, rakyat turun ke jalan raya, berdepan gas pemedih mata dan sanggup didakwa di mahkamah kerana mahu menumbangkan BN serta membawa mereka yang terlibat dalam skandal 1MDB ke muka pengadilan.

Anwar ketika itu menjadi simbol harapan reformasi.

Tetapi hari ini, apabila PH berada dalam kerajaan, Najib dapat menjalani hukuman di rumah. Selain Anthony Loke, kepimpinan PH khususnya Anwar seolah-olah langsung tidak terkesan dengan perkembangan tersebut.

Ironinya, Anwar sendiri pernah dipenjarakan buat kali ketiga dalam kes liwat ketika Najib menjadi Perdana Menteri.

Jadi, apakah kami yang dahulu bersungguh-sungguh memperjuangkan reformasi sebenarnya hanya membuang masa?

Saya menghormati keputusan Anthony Loke untuk meletakkan jawatan. Namun, tindakan seorang individu tidak akan mengubah keadaan jika pemimpin DAP lain masih terus memegang jawatan Menteri & Timbalan Menteri.

Hari ini, saya perhatikan semakin ramai rakyat Melayu sedang mencari alternatif politik yang lebih baik. Mereka sudah muak dengan gejala rasuah UMNO/BN, dan pernah menaruh harapan kepada PN/PAS. Seperti majoriti masyarakat Cina, juga pernah meletakkan kepercayaan kepada PH, tetapi Anwar telah mensia-siakan kepercayaan itu.

Hari ini UMNO tengah berjinak-jinak dengan PAS, dan rakyat sedar PH sudah tidak boleh lagi dipercayai.

Siapa lagi yang betul-betul berani bersuara untuk rakyat?

Sudah tiba masanya masyarakat Cina berhenti memujuk diri untuk terus mempertahankan PH dan Anwar atas alasan tiada pilihan lain.

Kita perlu memikirkan masa depan negara dan generasi akan datang.

Masihkah rakyat Malaysia harus terus bergantung kepada Anwar, walaupun laungan reformasi semakin luntur dan menjadi sindiran kepada diri-sendiri?
... See MoreSee Less

Perletakan Jawatan M

Jamuan meriah, jawapan masih tak ada.

Malam 5 November, PM Anwar hadir ke satu jamuan lebih 100 meja di Pay Fong, Melaka.

Ada sup sirip yu, ada ayam goreng. Tapi jawapan yang rakyat tunggu berbulan-bulan, masih tak ada.

Isu mafia korporat bermula sejak Februari. Sekarang dah November. Mana RCI?

Mesyuarat pengampunan Najib turut melibatkan menteri Kerajaan Madani. Kenapa minit mesyuarat masih tak didedahkan?

Laporan siasatan pegangan saham Azam Baki pula sudah dibentangkan kepada Kabinet. Nilainya bukan ratusan ribu, tetapi berjuta-juta. Kenapa laporan itu masih disimpan?

Anwar selalu kata,“kita satu keluarga.”Tapi yang saya nampak, macam ada dua keluarga.

Satu keluarga rakyat biasa, tiap-tiap hari fikir kos hidup dan tunggu jawapan.
Satu lagi keluarga, pintu tutup, keputusan dibuat di dalam.

Rakyat bukan cari Perdana Menteri untuk buat lawak.

Rakyat mahu PM yang cakap serupa bikin, dan bila tiba masa untuk jawab, berani jawab.

Jamuan boleh buat banyak kali. Yang rakyat masih tunggu jawapan.

#BERSAMA #PH #Jamuan #LeeCheanChung
... See MoreSee Less

✨ Happy Deepavali to the Hindu community in Petaling Jaya and across Malaysia! 🪔✨

​As the festival of lights fills our homes with radiance, warmth, and joy, Parti Bersama Malaysia Petaling Jaya extends our heartfelt wishes for a blessed, peaceful, and prosperous Deepavali to all who are celebrating.

​Deepavali serves as a powerful reminder of the triumph of light over darkness, good over evil, and hope over despair. In our diverse and vibrant community of Petaling Jaya and throughout our beloved nation..these bright lights reflect the strength of our unity, mutual respect, and shared harmony.

​May the divine lights of Deepavali illuminate your path with good health, happiness, and success. Let us continue to walk together, side by side, building a brighter and more inclusive future for every Malaysian.

​🪔 Deepavali Vazhthukkal! Have a safe, joyful, and memorable celebration with your loved ones.
... See MoreSee Less

✨ Happy Deepavali

Majlis makan malam besar-besaran boleh dianjurkan, tetapi manifesto pula bagaimana?

Semasa mengambil peperiksaan SPM, kita diajar supaya membuat persediaan rapi dan tidak menjawab soalan sambil lewa. Tetapi mengapa apabila tiba musim pilihan raya, ada parti yang hanya mengemukakan senarai janji sepanjang dua muka surat, namun masih diberikan gred A oleh pengundi?

Saya difahamkan Pakatan Harapan akan menganjurkan majlis makan malam besar-besaran bersama masyarakat Cina di Melaka.

BERSAMA mungkin tidak mempunyai majlis makan malam mewah atau cabutan bertuah untuk ditawarkan. Namun, kami telah berusaha menyediakan manifesto yang lengkap, dengan dasar dan cadangan untuk menangani masalah rakyat Melaka.

**Manifesto bukan sekadar senarai janji manis untuk memancing undi!**

Seperti seorang doktor yang perlu mengenal pasti punca penyakit sebelum memberikan rawatan, parti politik juga perlu memahami masalah rakyat terlebih dahulu sebelum menawarkan penyelesaian.

Bagi saya, pilihan raya bukan pertandingan siapa mampu menganjurkan majlis paling meriah.

**Yang lebih penting ialah siapa benar-benar membuat kerja rumah, memahami masalah rakyat dan menawarkan penyelesaian yang munasabah.**

Rakyat Melaka berhak menilai setiap parti berdasarkan mutu dasar dan komitmen mereka, bukan kemeriahan sesuatu majlis.

#leecheanchung #bersama #PRNMelaka #Manifesto #PolitikDasar
... See MoreSee Less

Dulu, di Dewan Rakyat, wakil rakyat kita lantang bertanya: mana anak menantu Pagoh? Kenapa lari ke luar negara? Kenapa tak balik hadapi SPRM? Sampai Timbalan Speaker suruh tarik balik sebab terkeluar tajuk.

Saya setuju soalan itu. Sesiapa yang dikehendaki SPRM mesti balik dan hadapi mahkamah, tak kira menantu siapa. BERSAMA tidak membela sesiapa yang lari daripada undang-undang.

Tapi hari ini, bila keluar isu mafia korporat, bila keluar isu saham Ketua SPRM, bila keluar dakwaan RM9.5 juta, ke mana pergi suara lantang itu? Senyap. Sunyi sepi. Macam radio kereta yang battery kong.

Inilah yang saya panggil sindrom tukar pasangan. Masa jadi pembangkang, semua salah orang lain mereka nampak. Bila dah masuk kerajaan dan tukar pasangan, mata tiba-tiba jadi rabun.

Rasuah orang lain dipanggil skandal. Rasuah kawan sendiri dipanggil "biar proses berjalan".

Tuan-tuan, prinsip yang betul tak tengok siapa kawan, siapa lawan. Prinsip yang betul tengok apa yang salah. Kalau salah, salah. Tak kira dia menantu Pagoh, menteri Putrajaya, atau ketua agensi.

Rakyat Kota Melaka dah lama bagi undi kepada mereka yang konon lantang. Malam ini saya tanya: lantang untuk siapa? Lantang hanya bila lawan buat salah, tapi bisu bila kawan buat salah. Itu bukan keberanian. Itu lakonan.

#Melaka #SPRM #BERSAMA #LeeCheanChung
... See MoreSee Less

Image attachment
Image attachment

𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 | 𝟒 𝐍𝐎𝐕𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔

𝐌𝐀𝐍𝐀 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐊𝐒𝐀𝐍𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐂𝐈𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐒? 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐊𝐇𝐔𝐀𝐓𝐈𝐑 𝐌𝐀𝐍𝐈𝐅𝐄𝐒𝐓𝐎 𝐏𝐇 𝐇𝐀𝐍𝐘𝐀 𝐒𝐄𝐍𝐀𝐑𝐀𝐈 𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍-𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍

Pemimpin BERSAMA Lee Chean Chung dan Jurucakap Dasar Sum Dek Joe membangkitkan 5 persoalan mengenai manifesto PRN Melaka Pakatan Harapan, "Melaka Rumah Kita":

1. Dokumen penuh manifesto PH masih belum boleh dimuat turun oleh orang awam sehingga 12 tengah hari tadi
2. Banyak janji tanpa perincian pelaksanaan dan kos, termasuk janji mengatasi kesesakan lalu lintas melalui AI
3. Sumber pembiayaan tidak dijelaskan, sedangkan Belanjawan Melaka 2026 menganggarkan hasil RM528.9 juta berbanding perbelanjaan mengurus RM528.8 juta
4. Sasaran 30% kontrak PBT kepada golongan muda tidak dikaitkan dengan sasaran pekerjaan dan pendapatan
5. Sasaran 25 juta pelancong dan aspirasi negeri pintar sudah pun wujud dalam pelan kerajaan negeri sedia ada

BERSAMA turut menantikan manifesto BN dan PN, dan menegaskan semua manifesto wajar dinilai dengan ukuran yang sama: kemampuan kewangan, sasaran yang boleh diukur dan pelan pelaksanaan yang munasabah.
... See MoreSee Less

Image attachment
Image attachment
Image attachment
Image attachment
Image attachment

🏍14 motosikal, 100 telefon bimbit, karnival selama 7 hari. Siapa yang tanggung kosnya?

Sebuah karnival berlangsung selama seminggu, lengkap dengan pelbagai aktiviti, hadiah motosikal, telefon bimbit dan cabutan bertuah.

Persoalannya, siapa yang membiayai program ini? Siapa penajanya? Berapa jumlah keseluruhan perbelanjaan?

Pemimpin Nasional BERSAMA, Lee Chean Chung, sekali lagi membangkitkan persoalan mengenai sumber dana program *Minggu Melaka Ceria* yang dikaitkan dengan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Azman Abidin, ketika menyampaikan ceramah Trak Kancil di Paya Rumput.

Lebih membimbangkan, terdapat juga dakwaan pengagihan wang tunai RM200 kepada orang ramai di kawasan berhampiran lokasi program tersebut.

Menurut Chean Chung, penganjuran karnival atau pemberian hadiah bukanlah satu kesalahan dengan sendirinya. Namun, apabila program dikaitkan dengan pemegang jawatan politik, khususnya Setiausaha Politik Perdana Menteri, persoalan mengenai penganjur, penaja dan sumber kewangan perlu dijawab secara telus.

Beliau turut menggesa pihak berkaitan menjelaskan siapa sebenarnya yang menganjurkan program tersebut, pihak yang menaja serta jumlah perbelanjaan yang terlibat.

⚖️ Isunya bukan sekadar kemeriahan karnival, tetapi ketelusan sumber dana dan akauntabiliti pihak yang terlibat.

#bersama #leecheanchung #payarumput #PRNMelaka #TrakKancil #Ketelusan
... See MoreSee Less

Genap sebulan saya meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen, namun langkah tetap diteruskan.

Selain memberi tumpuan kepada kawasan tertentu, saya juga mengambil peluang turun ke kawasan lain untuk memahami isu dan keadaan masyarakat setempat.

Malam ini, saya berada di Paya Rumput bersama Trak Kancil BERSAMA untuk bertemu dan berinteraksi dengan penduduk.

Memasuki hari keempat kempen PRN Melaka, saya membangkitkan bahawa BN dan PAS masih belum mengumumkan manifesto masing-masing.

Saya sempat berseloroh, mungkin manifesto PAS hanya satu ayat: Pastikan BN menang, kemudian bekerjasama.

BERSAMA pula telah mengumumkan manifesto yang memberi tumpuan kepada kebajikan rakyat, peningkatan pendapatan dan cadangan dasar untuk pembangunan negeri.

Saya turut mempersoalkan tindakan polis yang hanya sekarang memanggil Rafizi untuk memberi keterangan berhubung ceramah pada 22 Oktober lalu, ketika kempen PRN sedang berlangsung. Masa tindakan ini diambil agak luar biasa dan wajar dijelaskan kepada umum.

Kebetulan, hari ini juga genap sebulan saya meninggalkan kerusi Parlimen. Daripada tugas sebagai wakil rakyat kepada anggota pasukan kempen BERSAMA, saya semakin serasi dengan peranan baharu ini.

Peranan berubah, tetapi komitmen terhadap rakyat dan perjuangan reformasi tetap sama.

#bersama #leecheanchung #melaka #PRNMelaka
... See MoreSee Less

Image attachment
Image attachment
Image attachment
Image attachment

𝐊𝐞𝐧𝐲𝐚𝐭𝐚𝐚𝐧 𝐌𝐞𝐝𝐢𝐚 𝐋𝐞𝐞 𝐂𝐡𝐞𝐚𝐧 𝐂𝐡𝐮𝐧𝐠

𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐞𝐧𝐭𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐊𝐚𝐫𝐚𝐤𝐭𝐞𝐫 𝐓𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐖𝐚𝐣𝐚𝐫 𝐌𝐞𝐧𝐣𝐞𝐣𝐚𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐖𝐚𝐤𝐭𝐮 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐣𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐬𝐚

Kementerian Pendidikan terlalu tergesa-gesa melaksanakan Program Pembentukan Karakter tanpa perundingan yang mencukupi. Akibatnya, timbul kebimbangan dalam kalangan pihak berkepentingan dan ibu bapa. Saya menggesa kementerian mendengar pandangan semua pihak, menangguhkan pelaksanaan menyeluruh, dan menjamin waktu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris serta bahasa ibunda bagi semua aliran sekolah tidak terjejas. Ini termasuk mengekalkan bilangan waktu bahasa ibunda di SJK(C) dan SJK(T) pada tahap sedia ada.

Hala tuju pendidikan karakter itu tidak salah, tetapi kaedah pelaksanaannya mesti mampu dipertahankan dengan bukti.

Tidak menjadi kesalahan jika sesuatu dasar perlu dibetulkan. Yang penting ialah keberanian untuk membuat pembetulan. Kementerian wajar membatalkan keputusan ini, merangka semula secara teliti dan memulakan dengan projek perintis. Masih belum terlambat. Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh, yang jelas melihat reaksi masyarakat, seharusnya menyesuaikan pendirian dan bukan berkeras mempertahankannya.

Sebagai bekas Ahli Parlimen Petaling Jaya, saya ingin menegaskan bahawa BERSAMA tidak menentang pendidikan karakter. Yang kami tentang ialah pendekatan memperuntukkan slot khas dalam jadual waktu untuk tujuan itu.
Karakter dibentuk menerusi pengalaman harian, teladan guru, budaya sekolah dan interaksi antara guru dengan murid. Dalam era maklumat dan media sosial, anak-anak sentiasa terdedah kepada pelbagai nilai. Menambah satu slot seminggu sahaja tidak mungkin memberikan kesan yang diharapkan.

Menteri dan Timbalan Menteri Pendidikan daripada Pakatan Harapan sering menekankan profesionalisme, tetapi sehingga kini gagal menjawab secara langsung tiga persoalan yang dibangkitkan BERSAMA:

Pertama, masalahnya bukan kekurangan waktu persekolahan, tetapi hasil pembelajaran yang lemah.

Menurut anggaran Bank Dunia, murid Malaysia menghabiskan 12.5 tahun di sekolah, namun hasil pembelajaran sebenar hanya setara 8.9 tahun, bermakna 3.6 tahun tidak membuahkan hasil. Dalam Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (PISA), kemerosotan paling ketara ialah dalam bacaan, dengan peratusan murid berprestasi tertinggi hampir tiada. Memperuntukkan 75 minit seminggu untuk Program Pembentukan Karakter hanya akan menyempitkan lagi ruang untuk memperkukuh kemahiran bahasa dan literasi.

Kedua, Kementerian terlalu meremehkan kapasiti guru.
Data Program Sekolah Amanah (Trust Schools Programme) menunjukkan kemampuan guru melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah hanya sekitar 25% hingga 30%. Kurikulum baharu turut memperkenalkan subjek Alam dan Manusia yang diajar secara dua guru, manakala Program Pembentukan Karakter pula diserahkan kepada “guru yang kebetulan mengajar sebelum waktu rehat”. Kementerian mengakui beban guru terlalu berat, namun terus menambah tugas. Bagaimana mutu pengajaran mahu dijamin?

Ketiga, murid tidak kekurangan pendidikan moral; yang tiada ialah persekitaran yang menunjukkan usaha membuahkan hasil.

Data PISA menunjukkan murid kita ingin tahu dan sanggup berusaha, tetapi hanya 37% percaya kebolehan boleh dibina melalui usaha, jauh lebih rendah berbanding purata OECD sebanyak 69%. Ini menunjukkan masalahnya terletak pada persekitaran pembelajaran, bukan kekurangan satu lagi slot pendidikan moral.

𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐭𝐮𝐫𝐮𝐭 𝐦𝐞𝐧𝐮𝐧𝐭𝐮𝐭 𝐊𝐞𝐦𝐞𝐧𝐭𝐞𝐫𝐢𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐰𝐚𝐛 𝐥𝐢𝐦𝐚 𝐜𝐚𝐝𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐤𝐚𝐦𝐢:

1. Terapkan pembentukan karakter dalam kehidupan seharian sekolah. Nilai karakter perlu disemai menerusi pengajaran semua subjek, budaya sekolah, interaksi guru-murid dan khidmat komuniti, disertai penguatkuasaan ketat mekanisme antibuli, bukan melalui slot khas yang bersifat hafalan.

2. Lindungi waktu subjek teras. Program baharu tidak boleh dilaksanakan dengan mengorbankan subjek teras. Waktu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan bahasa ibunda bagi semua aliran mesti dijamin, termasuk memulihkan bilangan waktu bahasa ibunda Tahun Satu di SJK(C) dan SJK(T) kepada tahap asal.

3. Perintis dahulu, pelaksanaan kemudian. Setiap subjek dan kaedah pengajaran baharu perlu didahului latihan guru, dilaksanakan secara kecil-kecilan dan dinilai secara terbuka sebelum diputuskan untuk dilaksanakan sepenuhnya.

4. Ukur pembaharuan berdasarkan hasil. Kejayaan reformasi pendidikan harus dinilai menerusi pencapaian sebenar murid berbanding penanda aras antarabangsa, bukan berdasarkan jumlah waktu atau modul yang ditambah.

5. Rundingan rasmi sebelum kurikulum dimuktamadkan. Pertubuhan pendidikan pelbagai aliran, guru dan kesatuan guru, ibu bapa serta pakar pendidikan perlu dirujuk secara rasmi.

Memandangkan Pilihan Raya Negeri Melaka sedang berlangsung, saya menyeru rakyat dan pengundi Melaka menilai kata-kata dan tindakan ahli politik dengan teliti, serta menggunakan undi masing-masing supaya parti-parti politik jelas mendengar kebimbangan, tuntutan dan harapan rakyat.

Pemimpin Nasional BERSAMA
Lee Chean Chung
... See MoreSee Less

𝐊𝐞𝐧𝐲𝐚
Load more