24 Mei 2023 – Teks Bahas RUU Akta Tenaga Boleh Baharu 2011

24 Mei 2023 – Teks Bahas RUU Akta Tenaga Boleh Baharu 2011

Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan kepada saya untuk menyertai perbahasan Rang Undang-Undang Tenaga Boleh Baharu (Pindaan) 2023 di Dewan yang mulia ini.

Tuan Yang di-Pertua,

  1. Disaat seluruh negara sedang berdepan dengan krisis perubahan iklim, peralihan kepada emisi sifar-bersih atau ‘zero net carbon‘ yang memfokuskan pada rantaian bekalan hijau global adalah satu langkah yang tepat dan kedepan.
  • Bertepatan dengan teras Dasar Perubahan Iklim Negara, iaitu pemantapan dasar tenaga perlu mengambil kira amalan pengurusan yang meningkatkan tenaga boleh baharu dan kecekapan tenaga.
  • Kini, Tenaga Boleh Diperbaharui (TBB) telah dilihat sebagai salah satu sumber penjanaan tenaga yang paling cepat berkembang. Ia dijangka menjadi sumber tenaga terbesar pada tahun 2040.
  • Ini jelas bertepatan dengan Pelan Hala Tuju Tenaga Boleh Baharu Malaysia (MyRER) 2022-2035. Ia tertumpu kepada peralihan tenaga karbon rendah, yang mana Malaysia menyasarkan untuk mencapai 40% kapasiti tenaga boleh baharu, mengurangkan 50% kapasiti penjanaan arang batu serta 35% emisi CO2 keseluruhan berbanding paras tahun 2005 menjelang tahun 2035.
  • Pada peringkat nasional, komitmen ini juga bertepatan ke arah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara neutral karbon seawal tahun 2050, dengan memenuhi teras komitmen alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).

Tuan Yang di-Pertua,

  • Menyedari kepentingan tenaga sebagai salah satu komponen penting untuk pembangunan sosioekonomi negara yang mampan, kerajaan harus mengkaji polisi tenaga yang sedia ada untuk memastikan kesediaan dan keselamatan bekalan tenaga di negara ini.
  • Berdasarkan kepada pindaan Rang Undang-Undang Akta Tenaga Boleh Baharu 2011, iaitu Seksyen 1 dan memasukkan subseksyen (3), untuk membolehkan Menteri menggantung kuat kuasa keseluruhan atau mana-mana peruntukan Akta ini di bahagian berlainan di Malaysia. Saya melihat keperluan ini dilihat bertepatan dengan beberapa faktor.
  • Pertama, ini terkait dengan penyemakan semula pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 berkaitan hak serta kuasa autonomi di bawah peruntukan Perlembagaan Persekutuan kepada Sabah dan Sarawak.
  • Kedua, ini juga selari dengan hasrat Kerajaaan Persekutuan untuk menyerahkan kuasa autonomi pembekalan elektrik kepada Kerajaan Negeri Sabah, memandangkan ianya masih di bawah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan. Ini termasuklah pelaksanaan mekanisme Feed-in Tariff (FiT) di bawah selia Akta Tenaga Boleh Baharu 2011 (Akta 725) dan Akta Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 2011 (Akta 726).
  1. Ketiga, ini juga bertepatan dengan Pelan Hala Tuju Tenaga Boleh Baharu Malaysia (MyRER) 2022-2035 oleh Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA Malaysia), yang turut merangka perancangan pembangunan TBB negara serta memberi panduan kepada pemain industri mengenai hala tuju pembangunan TBB mengikut kawasan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak, yang pastinya untuk peralihan terbaik ke arah sistem tenaga rendah karbon.
  1. Justeru, saya berpendapat terdapat keperluan untuk meminda akta tersebut bagi memastikan proses penyerahan kuasa autonomi pembekalan elektrik kepada Kerajaan Negeri Sabah boleh dilaksanakan dengan teratur dan mematuhi Perlembagaan Persekutuan.

Tuan Yang di-Pertua,

  1. Tenaga angin, misalnya tidak dinamakan sebagai TBB di bawah Akta Tenaga Boleh Diperbaharui 2011 (Akta 725). Jadi, kerajaan tidak menyediakan peruntukan untuk tenaga angin diambil atau dibeli oleh ‘Distribution Licensee (TNB)’.
  1. Selain itu, terdapat beberapa faktor yang perlu diteliti antaranya penyediaan tapak, pertumbuhan kapasiti, skala utiliti, kesan alam sekitar serta jangka hayat. Jika dibandingkan dengan hidro dan solar, tenaga angin luar pesisir boleh dianggap salah satu penyelesaian yang realistik dan mengambil masa yang singkat untuk pembangunan kapasiti TTB di Malaysia.
  1. Justeru, saya mencadangkan untuk Seksyen 63 dalam Akta tersebut dipinda, dengan tujuan untuk menggalakkan kuasa angin dijadikan sebagai sebahagian daripada campuran tenaga boleh baharu Malaysia.
  1. Sebagai permulaan, Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) boleh menentukan untuk membangunkan 2000MW kuasa angin menjelang tahun 2030 dan menetapkan sasaran jangka panjang bagi kapasiti angin di Malaysia. SEDA juga perlu melaksanakan tender terbuka yang melibatkan peserta antarabangsa untuk menentukan kadar bayaran angin, dan membenarkan pasaran untuk menentukan harga.
  1. Pemain industri angin yang memenangi tender akan menerima pelbagai hak istimewa, termasuk lesen, perjanjian pembelian kuasa, permit eksport, dan status pelopor. Sungguhpun begitu, petender hendaklah mempunyai kelulusan/persetujuan prasyarat daripada yang berikut:
  2. Kelulusan kerajaan negeri
  3. Pengambilan tanah projek
  4. Jabatan Alam Sekitar
  5. Jabatan Laut
  6. Jabatan Pengairan Dan Saliran
  • Disamping itu, mengenakan sekatan kepada kesemua tujuh (7) GLC untuk mengutamakan pelaburan dalam Malaysia, terutamanya dalam menyokong peralihan TBB untuk negara, seperti Employee Provident Fund (EPF), Khazanah Nasional Berhad, Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP), Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Lembaga Tabung Haji (LTH), Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD), and Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Tuan Yang di-Pertua,

  • Buat masa ini, projek solar boleh dianggap yang paling meluas di Malaysia kerana kos pengeluaran peralatan fotovoltaik (PV) yang lebih rendah dan ketersediaan pembiayaan yang mudah bagi projek hijau.
  • Saya memuji usaha Kerajaan yang juga sedang melaksanakan inisiatif pemasangan solar PV di bumbung premis bangunan dan kediaman melalui Program Net Energy Metering (NEM) 3.0. Saya berharap usaha ini akan terus diperluaskan ke seluruh kementerian, agensi kerajaan, sekolah-sekolah, rumah ibadat, kawasan komersial dan kediaman perumahan di seluruh negara.
  • Malah, saya juga turut menyahut seruan ini dengan melaksanakan pilot project ‘Program Pemasangan Sistem PV (Photovoltaic) SOLAR’ di bawah Parlimen Petaling Jaya, dengan kerjasama syarikat tempatan, Verdant Solar. Kursus ini menyediakan skim teori dan praktikal kepada anak muda untuk pemasangan solar di bumbung rumah sekitar kawasan Petaling Jaya. Ini selari dengan misi PJ Lestari untuk menggalakkan rakyat untuk bersama-sama menyumbang ke arah pembangunan tenaga yang lestari dan mampan bagi menjamin kelestarian alam.
  • Di harap Kerajaan dapat memberikan insentif seperti pengecualian cukai pendapatan bagi sesiapa yang memasang unit solar di rumah, bagi tujuan menggalakkan pengurangan tenaga elektrik konvensional.
  • Selain itu, Kerajaan juga perlu konsisten membangunkan ekosistem kenderaan elektrik (EV), dengan meneruskan pengecualian cukai EV, serta membangunkan infrastruktur EV dan memperluas sistem pengecas di kawasan awam seperti kawasan rehat dan henti (R&R) di lebuh raya nasional dan seterusnya, kawasan komersil.

Tuan Yang di-Pertua,

  • Kehidupan seharian manusia sememangnya banyak bergantung kepada penggunaan bahan api fosil seperti arang, minyak dan gas asli yang turut memberi kesan pencemaran kepada alam sekitar.
  • Sekalipun Malaysia ialah sebuah negara yang kaya dengan sumber asli seperti minyak dan gas asli, kita harus sedar bahawa negara-negara pengeluar sedang mengalami masalah penyusutan simpanan sumber tenaga tersebut.
  • Setakat ini, Malaysia amat bergantung kepada penjanaan tenaga daripada arang batu dan membeli sebahagian besar keperluannya dari Indonesia (63%), diikuti Australia (24%), Rusia (11%), dan Afrika Selatan (2%). Malah, penggunaan arang batu dan gas asli yang digunakan untuk menjana hampir 93% elektrik di Semenanjung Malaysia, kosnya  yang membentuk hampir 36% daripada tarif elektrik asas pada masa ini.
  • Kebergantungan ini akan menjuruskan negara kedalam ketidaktentuan pasaran global oleh sebab permintaan dan harga pasaran yang berubah-rubah, disamping bekalan yang terhad. Sedangkan, tenaga boleh baharu ialah sektor tenaga yang tidak perlu bergantung pada pasaran dunia dan tidak perlu mengimport sumber tenaga dari negara luar.

Tuan Yang di-Pertua,

  • Kesimpulannya, TTB ini adalah satu langkah yang mampu menangani isu perubahan iklim, disamping mencapai ekonomi kitaran perlepasan sifar bersih. Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) perlu memanfaatkan peluang dalam pasaran bekalan elektrik, menambah baik akses kepada pembiayaan, pembentukan modal insan dan pembangunan infrastruktur serta peningkatan keanjalan sistem grid pembekalan elektrik.
  • Sekaligus, mengangkat Malaysia sebagai hab pelaburan hijau dan pembangunan mampan seperti yang diaspirasikan oleh agenda Rancangan Malaysia ke-12, ke arah mengembalikan pertumbuhan ekonomi ke landasan yang mampan, memperkukuhkan keterangkuman sosio-ekonomi dan meningkatkan kelestarian alam sekitar.
  • Banyak negara mengumumkan matlamat penjanaan TBB
  • dan berusaha untuk mengurangkan kebergantungan pada sumber
  • asli seperti minyak dan gas. Malaysia juga percaya bahawa TBB
  • membuka jalan untuk mengurangkan perubahan iklim dunia.
  • Banyak negara mengumumkan matlamat penjanaan TBB
  • dan berusaha untuk mengurangkan kebergantungan pada sumber
  • asli seperti minyak dan gas. Malaysia juga percaya bahawa TBB
  • membuka jalan untuk mengurangkan perubahan iklim

Sekian sahaja ucapan perbahasan saya.

PETALING JAYA MOHON MENYOKONG.

Leave a Comment