Home

YB Lee Chean Chung
李健聪

Petaling Jaya

MY ASPIRATIONS

As someone who has been working and living in the Klang Valley for 12 years, I understand the hopes, issues, and challenges faced by the Petaling Jaya community. My ASPIRATION is to work with you to continue the changes starting from the community, parliamentary constituency, and national levels.

Let’s ensure PETALING JAYA continues to be a sustainable and prosperous development centre. PJ BOLEH!

Latest Posts

Comments Box SVG iconsUsed for the like, share, comment, and reaction icons

𝟏𝟒 𝐌𝐨𝐭𝐨𝐬𝐢𝐤𝐚𝐥, 𝟏𝟎𝟎 𝐓𝐞𝐥𝐞𝐟𝐨𝐧 𝐏𝐢𝐧𝐭𝐚𝐫 𝐂𝐚𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐫𝐭𝐮𝐚𝐡: 𝐃𝐚𝐫𝐢 𝐌𝐚𝐧𝐚 𝐃𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠𝐧𝐲𝐚 𝐖𝐚𝐧𝐠? 𝐒𝐞𝐭𝐢𝐚𝐮𝐬𝐚𝐡𝐚 𝐏𝐌 𝐀𝐳𝐦𝐚𝐧 𝐀𝐛𝐢𝐝𝐢𝐧 𝐖𝐚𝐣𝐢𝐛 𝐉𝐚𝐰𝐚𝐛 �

Saya menggesa Setiausaha Politik Perdana Menteri merangkap bakal calon Pakatan Harapan bagi DUN Paya Rumput, Datuk Azman Abidin, menjelaskan sumber pembiayaan program Minggu Melaka Ceria yang berlangsung dari 19 hingga 25 Oktober lalu, yang menurut bahan promosinya menawarkan 14 buah motosikal dan 100 unit telefon pintar sebagai hadiah cabutan bertuah.

Berdasarkan anggaran konservatif, walaupun dikira mengikut harga motosikal dan telefon pintar termurah di pasaran, nilai hadiah tersebut sahaja dianggarkan melebihi RM100,000, belum termasuk kos penganjuran, promosi dan logistik.

Di bawah Seksyen 19 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, had perbelanjaan pilihan raya bagi seseorang calon DUN ialah RM100,000.

Walaupun tidak semestinya semua perbelanjaan program ini dikategorikan sebagai perbelanjaan pilihan raya, jumlah hadiah yang begitu besar menimbulkan persoalan serius tentang sumber dana dan tujuan sebenar penganjurannya.

Azman mendakwa program tersebut dianjurkan oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Namun, saya ingin bertanya, NGO manakah yang begitu berkemampuan sehingga boleh menyediakan hadiah sebanyak dan senilai ini? Siapakah penajanya? Mengapa identiti NGO penganjur tidak dipaparkan dengan jelas dalam bahan promosi dan rakaman program?

Lebih membimbangkan, terdapat rakaman video yang didakwa menunjukkan Azman memberi arahan berhubung penyediaan hadiah serta menggerakkan orang ramai untuk menghadiri program berkenaan.

Jika program ini benar-benar dianjurkan secara bebas oleh NGO, mengapa Azman sendiri dilihat terlibat dalam urusan persediaannya? Apakah hubungan beliau dengan penganjur dan penaja?

Kita tidak boleh menerima budaya politik di mana calon boleh berselindung di sebalik nama NGO. Persoalannya bukan nama siapa yang tertera pada program, tetapi siapa yang membiayai, merancang dan menggerakkan.

*Sambung Di Ruang Komen
... See MoreSee Less

Image attachment
Image attachment

𝐋𝐄𝐄 𝐂𝐇𝐄𝐀𝐍 𝐂𝐇𝐔𝐍𝐆 | 𝟐𝟖 𝐎𝐤𝐭𝐨𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟔

𝟏𝟒 𝐌𝐨𝐭𝐨𝐬𝐢𝐤𝐚𝐥, 𝟏𝟎𝟎 𝐓𝐞𝐥𝐞𝐟𝐨𝐧 𝐏𝐢𝐧𝐭𝐚𝐫 𝐂𝐚𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐫𝐭𝐮𝐚𝐡: 𝐃𝐚𝐫𝐢 𝐌𝐚𝐧𝐚 𝐃𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠𝐧𝐲𝐚 𝐖𝐚𝐧𝐠? 𝐒𝐞𝐭𝐢𝐚𝐮𝐬𝐚𝐡𝐚 𝐏𝐌 𝐀𝐳𝐦𝐚𝐧 𝐀𝐛𝐢𝐝𝐢𝐧 𝐖𝐚𝐣𝐢𝐛 𝐉𝐚𝐰𝐚𝐛 �

Saya menggesa Setiausaha Politik Perdana Menteri merangkap bakal calon Pakatan Harapan bagi DUN Paya Rumput, Datuk Azman Abidin, menjelaskan sumber pembiayaan program Minggu Melaka Ceria yang berlangsung dari 19 hingga 25 Oktober lalu, yang menurut bahan promosinya menawarkan 14 buah motosikal dan 100 unit telefon pintar sebagai hadiah cabutan bertuah.

Berdasarkan anggaran konservatif, walaupun dikira mengikut harga motosikal dan telefon pintar termurah di pasaran, nilai hadiah tersebut sahaja dianggarkan melebihi RM100,000, belum termasuk kos penganjuran, promosi dan logistik.

Di bawah Seksyen 19 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, had perbelanjaan pilihan raya bagi seseorang calon DUN ialah RM100,000.

Walaupun tidak semestinya semua perbelanjaan program ini dikategorikan sebagai perbelanjaan pilihan raya, jumlah hadiah yang begitu besar menimbulkan persoalan serius tentang sumber dana dan tujuan sebenar penganjurannya.

Azman mendakwa program tersebut dianjurkan oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Namun, saya ingin bertanya, NGO manakah yang begitu berkemampuan sehingga boleh menyediakan hadiah sebanyak dan senilai ini? Siapakah penajanya? Mengapa identiti NGO penganjur tidak dipaparkan dengan jelas dalam bahan promosi dan rakaman program?

Lebih membimbangkan, terdapat rakaman video yang didakwa menunjukkan Azman memberi arahan berhubung penyediaan hadiah serta menggerakkan orang ramai untuk menghadiri program berkenaan.

Jika program ini benar-benar dianjurkan secara bebas oleh NGO, mengapa Azman sendiri dilihat terlibat dalam urusan persediaannya? Apakah hubungan beliau dengan penganjur dan penaja?

Kita tidak boleh menerima budaya politik di mana calon boleh berselindung di sebalik nama NGO. Persoalannya bukan nama siapa yang tertera pada program, tetapi siapa yang membiayai, merancang dan menggerakkan.

Saya ingin mengingatkan bahawa Seksyen 8 dan Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 memperuntukkan kesalahan berkaitan penjamuan dan penyogokan bagi tujuan mempengaruhi pengundi, sekiranya unsur-unsur kesalahan tersebut dapat dibuktikan.

Azman telah mengesahkan hasrat untuk bertanding seawal 13 Oktober, iaitu sebelum program ini berlangsung. Walaupun hari penamaan calon hanya pada 31 Oktober, niatnya untuk bertanding sudah diketahui umum. Justeru, persoalan yang perlu dijawab ialah sama ada pemberian hadiah bernilai tinggi ini mempunyai kaitan dengan usaha mempengaruhi pengundi.

Saya menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meneliti perkara ini, termasuk sumber dana, identiti penaja dan peranan Azman dalam penganjuran program tersebut.

Sebagai Setiausaha Politik Perdana Menteri dan bakal calon pilihan raya, Azman sepatutnya menunjukkan tahap ketelusan dan akauntabiliti yang lebih tinggi.

Jika tiada apa-apa yang hendak disembunyikan, dedahkan nama NGO, senarai penaja, jumlah perbelanjaan dan sumber kewangan.

Pilihan raya sepatutnya menjadi medan persaingan dasar, prestasi dan khidmat kepada rakyat, bukannya pertandingan siapa mampu menawarkan hadiah paling lumayan.

Rakyat berhak mendapat penjelasan. Berani kerana benar, takut kerana salah. Jika semuanya telus dan bersih, mengapa perlu takut mendedahkan akaunnya kepada umum?

LEE CHEAN CHUNG
Pemimpin Nasional BERSAMA
... See MoreSee Less

Image attachment
Image attachment

𝗠𝗲𝗱𝗶𝗮 𝗦𝘁𝗮𝘁𝗲𝗺𝗲𝗻𝘁 𝗯𝘆 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 | 𝟮𝟲 𝗢𝗰𝘁𝗼𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟲

𝗖𝘂𝘁𝘁𝗶𝗻𝗴 𝗖𝗼𝗿𝗲 𝗟𝗲𝘀𝘀𝗼𝗻𝘀 𝘁𝗼 𝗔𝗱𝗱 𝗖𝗵𝗮𝗿𝗮𝗰𝘁𝗲𝗿 𝗖𝗹𝗮𝘀𝘀𝗲𝘀: 𝗜𝘀 𝘁𝗵𝗲 𝗠𝗶𝗻𝗶𝘀𝘁𝗿𝘆 𝗕𝘂𝗶𝗹𝗱𝗶𝗻𝗴 𝗖𝗵𝗮𝗿𝗮𝗰𝘁𝗲𝗿, 𝗼𝗿 𝗪𝗮𝘀𝘁𝗶𝗻𝗴 𝗠𝗼𝗿𝗲 𝗬𝗲𝗮𝗿𝘀 𝗼𝗳 𝗦𝗰𝗵𝗼𝗼𝗹𝗶𝗻𝗴?

BERSAMA objects to the 2027 curriculum changes first revealed by Sin Chew Daily, in particular the mandatory 15-minute daily character-building programme to be conducted before recess in every school, regardless of stream, and the reduction of Year 1 mother-tongue lessons from 12 to 10 periods a week in SJKC & SJKT.

This is not an issue for vernacular schools alone. Every Year 1 pupil in the country, whether in a national, Chinese or Tamil school, will lose 15 minutes a day from the lesson before recess. That adds up to 75 minutes a week taken from core subjects such as Bahasa Melayu, English, mother-tongue languages and mathematics, in the very year children are building their foundation in literacy and numeracy.

Which raises a simple question: why must character building come at the expense of core lessons at all? Values are not a separate subject to be slotted into a timetable. They can and should be taught within every subject. A language lesson can carry stories about honesty and empathy. A mathematics lesson can teach fairness through how resources are shared. A science lesson can teach integrity by insisting students report what they actually observe, not what they hoped to find. Embed character into the subjects, and there is no need to cut a single minute of learning time.

Our problem has never been that children spend too little time in school. It is that they spend time in school without learning. By the World Bank's measure, our students' 12.5 years of schooling deliver learning equivalent to only 8.9 years. That is 3.6 years effectively wasted. In the Programme for International Student Assessment (PISA), reading has suffered the steepest decline, and almost none of our students reach the top tier in reading. Against this backdrop, eroding foundational lesson time only makes a bad situation worse.

The Ministry of Education has also overestimated what its teachers can carry. Data from the Trust Schools Programme show that teachers' capacity to implement school-based assessment stands at only 25% to 30%. Yet the new curriculum adds a co-taught subject, Alam dan Manusia, and hands the character programme to whichever teacher happens to be teaching before recess, piling more onto an already overstretched workforce. Without training and preparation, even the best module is just paper. The quality of an education system cannot exceed the quality of its teachers.

The Ministry is repeating with character education the same mistake it has made with academic learning: believing that more periods and more modules will solve the problem. This is the confusion between schooling and learning. Character is not memorised in 15-minute daily doses. It is absorbed from the environment.

Children learn honesty when they see teachers treat every student fairly. They learn respect when schools deal seriously with bullying instead of sweeping it under the carpet. When children see politicians openly handing out cash on the eve of elections, and see power placed above the rules, what exactly can a 15-minute character class teach them?

PISA data show that Malaysian students are curious and willing to work hard, yet only 37% believe ability can be developed through effort, far below the OECD average of 69%. The problem lies in a learning environment that fails to show children their effort pays off, not in a lack of moral instruction.
I urge the Ministry to drop the stand-alone character slot and instead integrate values into the teaching of every subject, supported by teacher training and lesson materials designed for that purpose. Character should also be built into school culture, teacher-student relationships, community service and firm enforcement against bullying. Core lesson time, including mother-tongue periods, should be restored, not traded away for new add-ons.

New subjects and teaching models should be preceded by proper teacher training and small-scale pilots with publicly evaluated results before any nationwide rollout. Education reform should be judged by students' actual learning outcomes, benchmarked internationally, not by how many periods or modules have been added to make ourselves feel good.

I also call on the Ministry to formally consult education groups across all streams, teachers and parents before finalising the curriculum.

The Ministry is missing the forest for the trees. Character is shaped by the environment and woven through every lesson. It cannot be fixed by squeezing the timetable.

𝑳𝒆𝒆 𝑪𝒉𝒆𝒂𝒏 𝑪𝒉𝒖𝒏𝒈�𝑵𝒂𝒕𝒊𝒐𝒏𝒂𝒍 𝑳𝒆𝒂𝒅𝒆𝒓, 𝑩𝑬𝑹𝑺𝑨𝑴𝑨
... See MoreSee Less

𝗠𝗲𝗱𝗶𝗮

𝐋𝐄𝐄 𝐂𝐇𝐄𝐀𝐍 𝐂𝐇𝐔𝐍𝐆 | 𝟐𝟔 𝐎𝐤𝐭𝐨𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟔

𝐀𝐧𝐭𝐡𝐨𝐧𝐲 𝐋𝐨𝐤𝐞 𝐏𝐞𝐫𝐥𝐮 𝐉𝐞𝐥𝐚𝐬𝐤𝐚𝐧: 𝐇𝐚𝐬𝐢𝐥 𝐁𝐢𝐝𝐚𝐚𝐧 𝐍𝐨𝐦𝐛𝐨𝐫 𝐏𝐥𝐚𝐭 𝐌𝐢𝐥𝐢𝐤 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚 𝐚𝐭𝐚𝐮 𝐃𝐚𝐧𝐚 𝐊𝐞𝐦𝐩𝐞𝐧 𝐏𝐢𝐥𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐑𝐚𝐲𝐚 𝐏𝐇?

Saya mengecam sekeras-kerasnya pengumuman Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, pada malam 24 Oktober lalu, ketika Majlis Pengenalan Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, bahawa pemandu teksi di Melaka akan menerima bantuan sebanyak RM1,000 seorang pada hari ini, Isnin, 26 Oktober. Bantuan tersebut dikatakan bersumberkan hasil bidaan nombor pendaftaran khas kenderaan siri "H" yang berjumlah RM91 juta.

Ketika bahang pilihan raya negeri semakin memuncak dan calon-calon baru sahaja diperkenalkan, seorang setiausaha agung parti yang juga menteri mengumumkan pemberian wang secara terbuka di pentas politik. Tidak kira sama ada ia dilabel sebagai "bantuan" atau "mengembalikan hasil kepada rakyat", pada pandangan pengundi, tindakan ini tidak ubah seperti pemberian wang secara terang-terangan menjelang pilihan raya, malah menimbulkan syak rasuah pilihan raya.

Saya ingin menegaskan bahawa hasil bidaan nombor pendaftaran kenderaan merupakan hasil kerajaan yang menjadi milik seluruh rakyat. Wang tersebut sepatutnya disalurkan ke dalam Kumpulan Wang Disatukan mengikut undang-undang, sebelum dibelanjakan melalui proses peruntukan yang diluluskan Parlimen.

Saya menuntut Anthony Loke menjelaskan kepada rakyat, di akaun manakah wang RM91 juta ini disimpan sekarang? Adakah wang tersebut telah disalurkan ke Perbendaharaan Negara? Bantuan yang diberikan kepada pemandu teksi Melaka ini menggunakan peruntukan yang mana, dan melalui proses kelulusan seperti apa?

Saya juga mempersoalkan mengapa bantuan tersebut hanya diberikan kepada pemandu teksi di Melaka yang sedang menghadapi pilihan raya negeri, bukannya kepada pemandu teksi di seluruh negara.

Lebih menghairankan, mengapa pengumuman ini dibuat oleh seorang menteri di pentas parti politik, dan bukannya melalui saluran rasmi Kementerian Pengangkutan? Pada pandangan saya, ini merupakan antara tindakan pemberian wang menjelang pilihan raya yang paling jelas pernah disaksikan.

Mungkin ada pihak yang berhujah bahawa tindakan tersebut tidak melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. Namun, soal pencegahan rasuah bukan sekadar persoalan teknikal perundangan. Indeks Persepsi Rasuah (CPI) oleh Transparency International turut mengukur persepsi masyarakat terhadap penyalahgunaan kuasa dan tahap kepercayaan terhadap integriti pentadbiran.

Parti pemerintah sudah tentu boleh memberikan alasan bahawa tiada kempen dijalankan dan tiada permintaan dibuat supaya penerima bantuan mengundi parti tertentu. Namun, apabila parti pemerintah boleh menjadikan hasil kerajaan sebagai modal politik menjelang pilihan raya, walaupun tindakan itu mungkin sah dari segi undang-undang, mesej yang disampaikan kepada rakyat amat jelas: pihak yang berkuasa boleh menggunakan wang awam untuk membeli undi.

Apa yang lebih sukar diterima ialah perjuangan menentang rasuah selama ini merupakan antara asas utama DAP dalam mengkritik amalan pemberian habuan menjelang pilihan raya oleh Barisan Nasional (BN) sejak berpuluh-puluh tahun lalu. Prinsip yang sering ditekankan ialah sumber kerajaan dan kepentingan parti politik mesti dipisahkan dengan jelas.

Namun hari ini, garis pemisah tersebut seolah-olah dipadamkan sendiri oleh Setiausaha Agung DAP. Imej antirasuah dan kedudukan moral yang tinggi yang dibina DAP selama puluhan tahun kini musnah dalam sekelip mata.

Sehubungan itu, saya menuntut Anthony Loke segera mendedahkan aliran penuh dana hasil bidaan nombor pendaftaran tersebut, termasuk semua dokumen berkaitan kelulusan dan penggunaan wang berkenaan. Saya juga menyeru Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya memberikan perhatian terhadap perkara ini demi memelihara keadilan dan integriti PRN Melaka.

Inilah contoh klasik — tukar kerusi, tukar pendirian. Rakyat mahu melihat prinsip politik yang konsisten, bukannya pemimpin yang lantang memperjuangkan reformasi ketika menjadi pembangkang, tetapi melupakan segala janji dan prinsip sebaik sahaja memegang kuasa.

LEE CHEAN CHUNG
Pemimpin BERSAMA
... See MoreSee Less

𝐋𝐄𝐄 𝐂�
View on Facebook
View Comments likes love haha wow angry 320 Shares: 89 Comments: 28

Walaupun Deepavali masih berbaki hampir dua minggu, Ruang BERSAMA Petaling Jaya mula mengagihkan sedikit keperluan asas kepada keluarga berpendapatan rendah dan warga OKU di sekitar PJ.

Beras dan ayam mungkin nampak sederhana, tetapi kami berharap sumbangan kecil ini dapat sedikit sebanyak meringankan persiapan mereka menjelang musim perayaan.

Semoga semua keluarga dapat membuat persiapan Deepavali dengan lebih tenang dan meriah.

Selamat membuat persiapan Deepavali.

=========================

With Deepavali still nearly two weeks away, Ruang BERSAMA Petaling Jaya has started distributing some basic essentials to lower-income families and persons with disabilities in PJ.

The contribution of rice and chicken may be simple, but we hope it can help ease some of the household expenses as families prepare for the festive season.

Wishing everyone a smoother and more joyful preparation for Deepavali.

#Deepavali #makanan #leecheanchung #PJLestari
... See MoreSee Less

Image attachment
Image attachment
Image attachment
Image attachment
Image attachment

BM | ENGLISH

Pengangkutan awam bukan sekadar soal tren sampai tepat pada masanya.

Bila keluar dari stesen, laluan pejalan kaki selamat atau tidak? Mudah tak nak sambung perjalanan? Masalah yang dah lama dibangkitkan, sudah diperbaiki atau masih sama?

Sebab itu selepas waktu kerja, saya bersama pasukan singgah di LRT Glenmarie, Laluan Kelana Jaya untuk buat satu pop-up ringkas dan dengar sendiri pengalaman pengguna pengangkutan awam.

Dengan keadaan jerebu kebelakangan ini, kami turut edarkan pelitup muka dan risalah sambil mengajak orang ramai berkongsi pandangan. 😷

Satu perkara memang jelas, ramai sebenarnya bergantung pada pengangkutan awam setiap hari.

Jadi isu akses pejalan kaki, sambungan dari stesen dan masalah yang sudah lama tertangguh memang perlu diberi perhatian.

Kalau anda selalu menggunakan pengangkutan awam di kawasan ini, kongsikan pengalaman anda. Kami akan kumpulkan maklum balas ini dan terus memantau penambahbaikan oleh Prasarana.

👉 Borang maklum balas:
forms.gle/73CFDDN4YfcBuor89

========

Public transport is not just about whether the train arrives on time.

What happens after you leave the station matters too. Are the walkways safe and connected? Is the first and last mile convenient? Have the same problems raised for years actually been fixed?

So after work, my team and I headed to LRT Glenmarie on the Kelana Jaya Line for a quick pop-up session to hear directly from commuters.

With the haze giving everyone a headache lately, we also handed out masks and flyers while inviting commuters to share their feedback with us. 😷

One thing was obvious, a lot of people rely on public transport every single day.

That is exactly why long-standing issues involving pedestrian access, station connectivity and commuter safety cannot simply be left unresolved.

If you use public transport around this area, tell us about your experience. We’ll compile the feedback and continue following up on the improvements needed from Prasarana.

👉 Share your feedback:
forms.gle/73CFDDN4YfcBuor89

#PublicTransport #Walkway #LeeCheanChung #PJLestari #PejalanKaki
... See MoreSee Less

Image attachment
Image attachment
Image attachment
Image attachment
Image attachment

Two lefties on the court! 🏸✋

A big thank you to former national badminton player Janice Woon Khe Wei for joining us at Badminton Kancil last week! 🙏

Her team beat us, and it wasn't close. 😭 Lesson learned: back to training, and we'll be ready for a rematch! 💪🔥

#BadmintonKancil #LeftHandersUnite #Badminton #PetalingJaya #PJBersama
... See MoreSee Less

Two lefties on the c

Awal bulan ini, kami umumkan bahawa pusat khidmat lama akan terus beroperasi, cuma kini ia bergerak dengan identiti baharu sebagai Ruang BERSAMA Petaling Jaya.

Sekarang ruang ini sedang melalui sedikit demi sedikit proses “makeover” kecil. Kalau nak teruskan kerja di sini, kami juga mahu sedaya upaya menggerakkannya dengan usaha sendiri.

Sebab itu hujung minggu lalu, kami anjurkan satu pertandingan badminton kutipan dana. Bukan sahaja untuk mengumpul sedikit dana bagi operasi ruang ini, tapi juga sebagai peluang untuk bersukan dan bergaul dengan golongan muda serta para penyokong.

Terima kasih kepada semua yang terus mendaftar sebaik sahaja pendaftaran dibuka, dan juga kepada mereka yang datang bersungguh-sungguh nak “challenge” saya. 😄

Terima kasih juga kepada rakan yang membantu menghubungkan kami dengan bekas pemain badminton negara, Janice Woon, yang turut hadir memeriahkan acara ini. Memang tambah seri!

Nasib baik tak kalah teruk sangat. Masih sempat jaga maruah sikit. 😂

Terima kasih kepada semua yang datang memberi sokongan, dan kepada rakan-rakan yang bertungkus-lumus menjayakan acara ini.

Lepas ni nak kami buat sukan apa pula?
Futsal? Ping pong? Atau ada cabaran lain? 👀
=====================================

Earlier this month, we announced that our existing service centre would continue operating, now under a new identity — Ruang BERSAMA Petaling Jaya.

The space is also slowly getting a small makeover. Since we want to keep it running and serving the community, we hope to do as much as we can through our own efforts.

That was why we organised a badminton fundraiser last weekend — to raise some funds for the space, but also to spend time with young people, supporters and friends in a more relaxed setting.

A big thank you to everyone who signed up so quickly, and especially to those who came ready to “challenge” me on court. 😄

I’m also grateful to a friend who helped connect us with former national badminton player Janice Woon, who came by to support the event and certainly made the day even more special.

Thankfully, I didn’t lose too badly. Still managed to save a bit of face. 😂

Appreciate everyone who came, supported the event and helped make it happen.

So, what should we organise next?
Futsal? Table tennis? Or something more challenging? 👀

#PARTIBERSAMA #SukanBERSAMA #Badminton #LeeCheanChung #PJLestari
... See MoreSee Less

Image attachment
Image attachment
Image attachment
Image attachment
Image attachment

Sat down for a candid conversation on the choices I’ve made, the political journey so far, and why I decided to move forward with BERSAMA.

Some things are better explained in a full conversation, not just a short post.

🎥 Watch the full interview here:
... See MoreSee Less

Iframe Video Thmbnail
Load more