9 Okt 2023 – Teks Bahas Jerebu Yang Melanda Negara

9 Okt 2023 – Teks Bahas Jerebu Yang Melanda Negara

Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan kepada saya untuk menyertai perbahasan berkenaan situasi jerebu yang melanda negara di Dewan yang mulia ini.

Tuan Yang di-Pertua,

  1. Saya ingin menekankan bahawa jerebu telah melanda Malaysia lagi pada bulan ini. Berdasarkan APIMS (Air Pollutant Index of Malaysia), lapan kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada paras tidak sihat: Cheras telah mencecah 155, Banting 156, Klang 155, Petaling Jaya 143, dan lain-lain. 9 daripada 10 stesen pemantauan di Johor telah mencecah “unhealthy API” semalam pad

8 Oktober 2023. Seperti biasa, dan secara langsung atau tidak langsung, kita akan memandang kepada “usual suspect”, iaitu Indonesia.

  • Seperti biasa, Menteri Alam Sekitar dan Perhutanan Indonesia, Siti Nurbaya Bakar menyatakan tidak ada jerebu rentas sempadan ke Malaysia dalam kenyataan rasmi di Jakarta setelah kerajaan Malaysia menghantar surat kepada Indonesia dan negara-negara ASEAN lain

yang   terkesan   kejadian   jerebu   rentas    sempadan   sekali   gus menangani masalah itu.

  • Walaubagaimanapun, berdasarkan data titk panas yang dikeluarkan oleh Pusat Meteorologi ASEAN, pada tanggal 7 hari bulan ini, Sumatera dilaporkan memiliki sebanyak 188 titk panas, Kalimantan memiliki 151 titk panas, sementara Malaysia tidak melaporkan adanya titk panas.
  • Di samping itu, pakar Kesihatan Persekitaran Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Dr Haliza Abdul Rahman berkata, penafian yang dibuat oleh negara jiran itu ditolak kerana secara jelasnya terdapat pembuktian melalui pergerakan angin membawa jerebu dari Sumatera ke Semenanjung, manakala Kalimatan ke Sabah dan Sarawak. Menteri boleh tipu, ahli parlimen boleh tipu, sains tidak menipu.
  • Perjanjian ASEAN Mengenai Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan ialah perjanjian alam sekitar telah ditandatangani pada tahun 2002 oleh semua negara-negara ASEAN, dan Malaysia merupakan penandatangan yang pertama. Malangnya isu ini tidak diatasi selepas 20 tahun.
  • Memang tidak dikecualikan bahawa terdapat Syarikat Perladangan Malaysia yang beroperasi di Indonesia dan melakukan amalan tebang dan bakar pokok. Ini terbukti apabila Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim meminta syarikat di Malaysia supaya

mematuhi Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan yang dilancarkan pada April 2 2023.

  • Malangnya, sebagai negara yang telah menandatangani AATHP (ASEAN Agreement on Transboundry Haze Pollution), Malaysia dan Indonesia tidak mempunyai sebarang undang-undang untuk menyekat syarikat yang menggunakan pembakaran untuk membersihkan tanah. Selain itu, warga Indonesia juga kurang kesediaan untuk menyelaraskan perundangannya dengan AATHP, terutama dari segi dasar kerajaan sifar pembakaran.
  • Saya rasa negara-negara ASEAN tidak perlu terus saling menuding jari. Isu yang sama telah berlarutan selama 20 tahun. SUDAH TIBA MASA setiap negara ASEAN untuk meluluskan Akta Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan (THA), termasuk Malaysia.
  • Penggubalan Akta THA ini akan membolehkan kerajaan Malaysia mengambil tindakan sivil dan jenayah terhadap apa-apa entiti yang mengakibatkan pencemaran di Malaysia, tidak kira gejala ini berlaku di mana jua.
  1. Kerjasama diplomatik serantau ASEAN seharusnya bukan alasan untuk menangguhkan pelaksanaan undang-undang yang boleh dikuatkuasakan seperti THA, yang dikemukakan di Malaysia pada tahun 2019 dan dibatalkan pada Ogos 2020 walaupun beberapa syarikat milik Malaysia dikaitkan dengan kebakaran hutan di Indonesia.
  1. Banyak bukti terhadap kaedah tradisional ini iaitu tebang dan bakar pokok membawa risiko kepada kesihatan awam dan operator pelancongan dan syarikat penerbangan.
  1. Berdasarkan REUTERS, dalam satu kenyataan selepas mesyuarat ASEAN di Malaysia, anggota pertubuhan mengiktiraf “kesan buruk alam sekitar dan kesihatan akibat amalan pembakaran tanaman,” dan komited untuk mengurangkan dan menghapuskannya secara kolektif.
  1. Untuk kesihatan generasi sekarang dan akan datang, dan juga untuk memerangi krisis iklim, Malaysia perlu SEGERA menggubal undang-undang jerebu rentas sempadan segera supaya syarikat yang tidak bertanggungjawab dapat menerima sekatan undang-undang dan menerima hukuman yang setimpal dengan kejahanaman yang dilakukan oleh mereka demi kepentingan korporat dan peribadi sahaja.

Sekian sahaja ucapan perbahasan saya.

PETALING JAYA MOHON MENYOKONG.

Leave a Comment