Datuk Yang di-Pertua,
1. Pertamanya, saya ingin menyentuh Kepala B15 Butiran 020100 Unit Perancang Ekonomi.
Saya mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Perpaduan kerana memberikan pemerkasaan penuh kepada EPU untuk merancang serta merangka dasar pembangunan negara. Ini berbeza jika berbanding dengan dulu yang mana consultant luar digunakan secara berlebihan dalam dasar pembangunan dan industri negara. Syabas kepada Kerajaan Perpaduan kerana menaruhkan kayakinan penuh terhadap pasukan birokrat sektor awam kita.
Isu ekonomi bukanlah sesuatu yang semua orang boleh faham. Tugas wakil rakyat adalah untuk meringkaskan jargon ekonomi dan menjadi jambatan antara rakyat dan pembuat dasar supaya aspirasi rakyat dapat dikongsi dengan semua.
Saya ingin mengemukakan beberapa cadangan kepada EPU dalam perancangan ekonomi kita:
• Pertama, selain pengukur seperti KDNK, GNI, Gini Coefficient dan lain-lain yang sukar difahami, saya cadangkan kita tidak mengemukakan sasaran yang mudah difahami oleh pakar dan juga rakyat biasa.
Sebagai contoh: sasaran untuk melipatgandakan pendapatan median rakyat dalam 10 tahun. Sasaran ini dapat endogenizes faktor pembangunan dan pengagihan. Ianya juga mudah untuk diukur dengan membandingkan median dan mean.
• Kedua, kerajaan boleh meletakkan sasaran nisbah perdagangan kepada KDNK kepada 150% untuk 10 tahun akan datang. Malaysia adalah sebuah negara yang berdagang, maka meletakkan sasaran ini adalah penting untuk mempastikan kita fokus kepada mewujudkan persekitaraan perdagangan yang kondusif di samping mengekalkan daya saing kita.
Untuk mencapai bab ini, sebenarnya pembangunan koridor perlu mengambil kira pembangunan taman industri mengikut kluster. Misalannya, kluster Pulau Pinang yang ulung dalam rantaian Elektrik dan Eletronik perlu digandakan lagi usaha untuk mendalami dan memperkembangkan kluster tersebut dengan menaik taraf dan memperkembangkan taman industri kita.
Saya ingin mendapatkan pandangan kementerian berkenaan dengan cadangan ini. 3
2. Seterusnya, Kepala B15 Objek Am 020200 Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Saya menyambut baik usaha mewujudkan OpenDOSM yang mana semua pihak dapat menyemak dan akses kepada maklumat ekonomi, demografi, tenaga buruh dan lain-lain. Saya mendapati bahawa pengkaji, ahli akademik, mahasiswa dan pakar kewangan dan ekonomi memang memuji pembukaan data tersebut. Persoalan saya adalah, adakah pihak DOSM bercadang untuk menyelaraskan kesemua maklumat kerajaan dan menjadikan kerajaan kita Open Government, dengan izin?
Penyelarasan maklumat adalah amat penting kerana data adalah harta yang amat bernilai pada zaman digital sekarang. Sebenarnya kerajaan juga boleh mendapatkan hasil dengan mengkongsikan data-data kerajaan yang diizinkan. Apakah pandangan kementerian tentang cadangan ini?
3. Kepala P15 Kod 93500 Program/Projek Pembangunan Ekonomi
Saya yakin projek ini adalah untuk menjalankan program pembasmian kemiskinan melalui Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR). Di bawah inisiatif ini, tiga kategori IPR iaitu Usahawan tani, usahawan makanan dan operator perkhidmatan akan dilancarkan supaya rakyat B40 dapat menceburi bidang menjual makanan melalui mesin vending, bercucuk tanam dengan bantuan teknologi dan mendapat kerja yang ditawarkan oleh agensi kerajaan. 4
Saya mendapati bahawa program ini mendapat sambutan yang hangat, dan lebih 10 ribu peserta telahpun berdaftar sehingga 2 minggu lepas. Tuan Pengerusi, kami sering mendengar keluhan bahawa pembangkang dianak-tirikan dalam program-program membantu rakyat. Maka saya ingin tahu adakah program ini khusus kepada peserta penyokong Kerajaan Perpaduan sahaja, ataupun terbuka kepada semua? Adakah pemimpin-pemimpin tidak mahu rakyat mereka mengetahui inisiatif baik ini supaya mereka tidak dilihat membuat kerja membasmi kemiskinan walaupun ada yang telah lebih 30 tahun berkuasa di negeri-negeri tersebut? Apakah kaedah yang boleh boleh digunapakai supaya rakyat miskin tidak kira siapa mereka boleh menyertai IPR ini?
Sekian, itu sahaja.
Terima kasih.