Perbahasan Peringkat Jawatan Kuasa (J/K) Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi

Perbahasan Peringkat Jawatan Kuasa (J/K) Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi

Datuk Yang di-Pertua, 

1. Pertamanya, saya ingin menyentuh Butiran P30 00800 Program R&D yang mendapat peruntukan sebanyak RM60 juta. RM60 juta adalah amat kurang jika kita mahu mencapai negara berteknologi tinggi. Ironinya, perbelanjaan sumbangan tahunan kepada pertubuhan antarabangsa adalah RM113.5 juta, 2 kali ganda dana untuk R&D kita. Perbandingan GERD (Gross R&D Expenditure per GDP). 

Sudah tiba masanya kita lebih tertumpu kepada applied research ataupun Penyelidikan Gunaan. Ianya telah diperkatakan banyak kali tetapi bagaimana untuk melaksanakannya? 

 Cadangan saya adalah: 

  • Memandatkan MOSTI untuk membuat penyemakan nilai komersil projek R&D di IPTA/IPTS serta semua agensi yang menjalankan R&D, dan hanya memberikan geran/sokongan kepada projek yang ada potensi untuk dikomersialkan. 
  • Melantik Mentor Industri di kalangan veteran dan pesara daripada MNC atau GLC teknologi supaya mereka turut memberikan input kepada projek R&D agar ianya kekal relevan kepada keperluan semasa. Amalan ini turut diamalkan di Jepun, Singapore dan Korea dan terbuktinya berjaya. 

2. Seterusnya, Butiran P40009 Bioeconomy Corporation. Program Kerjaya dan Keusahawanan Bio-Agrotek dan Bio-Farmaseutikal (BeST 2.0) telah berjaya membantu 50 daripada 63 siswazah dan graduan yang menyertai program tersebut untuk mendapatkan pekerjaan tetap dalam dua bidang itu sejak dilancarkan pada September 2021. Justeru, adakah Kementerian bercadang untuk meneruskan program ini dengan penambahbaikan yang lebih baik? 

Saya juga ingin merujuk kepada butiran: 

B30 040300 MRANTI – RM50 juta 

P30 01300 Teknologi Park Malaysia (TPM) – RM38 juta 

B30 040800 MaGIC – RM20 juta 

P30 08000 MaGIC – RM5 juta 

Sejumlah RM50 juta perbelanjaan bekalan dan RM38 juta tujuan pembangunan telahpun diperuntukkan untuk MRANTI. Di samping itu, RM25 juta juga diperuntukkan kepada Malaysia Global Innovation and Creativity Centre (MaGIC). 3 

Kita sedia maklum bahawa MaGIC telah bergabung dengan TPM dengan penjenamaan baru iaitu MRANTI. Maka, jumlah peruntukan untuk kedua-dua agensi ini adalah sebenarnya RM113 juta. Ini tidak mengambil kira aset TPM yang mempunyai tanah prima seluas 686 ekar dan lain-lain. Persoalannya, mengapakah selepas hampir 20 tahun TPM ini beroperasi, kerajaan masih perlu membiayai kos yang beratus juta setiap tahun? Apakah rancangan “lepas tangan” supaya MRANTI boleh berdikari dari segi kewangannya dan tidak terjadi isu “soft-budget” iaitu kebergantungan kepada dana awam tersebut diteruskan. 

Satu lagi perkara adalah tentang penstrukturan agensi yang tidak masuk akal. Kita semua sedar bahawa selepas beberapa tahun membina jenama MaGIC di peringkat global, nilai dan imej agensi ini sebenarnya amat tinggi. Mengapakah dilenyapkan branding MaGIC dan mengangkat nama MRANTI yang baru dan jarang dikenali sebagai pusat syarikat pemula? 

Program International Innovation Hub (IIH) yang dijalankan oleh MRANTI merupakan program yang baik untuk menggalakkan perkongsian teknologi, peningkatan kemahiran dan akses pasaran antarabangsa dalam kalangan usahawan di negara kita. Persoalan saya ialah adakah Kementerian akan meluaskan inisiatif ini terutama melibatkan syarikat-syarikat dalam negara ASEAN? 

3. Akhir sekali, Butiran B30 020400 Pusat Sains Negara. Ia tidak menyediakan sebarang perkhidmatan tempahan online. Locker juga bermasalah dan terdapat kes barangan pengunjung hilang. Laman web juga tidak menarik dan mesra pengguna. Bahasa Inggerisnya juga gagal. 4 

Misalannya, berkenaan dengan waktu operasi yang mana Bahasa Inggerisnya berbunyi: 

*4.00 pm is the last time visitors enter the National Science Centre* 

Gaya bahasa ini aneh dan seharusnya dibaca “Last entry is 4p.m.” sahaja. 

Saya cadang agar memperbanyakkan penglibatan swasta dalam pengurusan Pusat Sains Negara. Ia boleh melibatkan industri teknologi, penerbit bahan pendidikan sains dan sekolah antarabangsa/swasta untuk mengangkat sebahagian galeri pusat supaya ianya selalu dikemaskini dan bersesuain dengan minat dan keperluan semasa. Contohnya, Pusat Sains Negara boleh menganjurkan program STEM secara berkala kepada budak-budak, menjana hasil dan pendapatan mealui associate membership ataupun keahlian bersekutu daripada sekolah-sekolah persendirian dan antarabangsa, keahlian korporat daripada industri, dan lain-lain. 

Pusat Sains Negara dibuka secara rasminya pada 29hb November 1996. Selepas 27 tahun beroperasi, sudah tiba masanya untuk melakar semula hala tuju dan kesesuaian. 

Sekian, itu sahaja. 

Terima kasih. 

Leave a Comment