Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan kepada saya untuk menyertai perbahasan Laporan Tahunan SUHAKAM 2020 di Dewan yang mulia ini.
Tuan Yang di-Pertua,
- Sebagai wakil rakyat, saya berpendapat bahawa Laporan Tahunan SUHAKAM ini sangat penting kerana memberi fokus kepada hak asasi manusia yang meruncing di Malaysia khususnya ketika pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
- Merujuk kepada Laporan Tahunan SUHAKAM, individu tanpa kewarganegaraan, termasuklah pelarian dan pencari suaka telah menghadapi masalah dalam segi hak ekonomi, sosial dan kebudayaan di Malaysia.
- Di sini saya ingin menyuarakan isu tentang pelarian dan pencari suaka di Malaysia. Menurut kepada Pesuruhjaya Tinggi untuk Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR) sehingga November 2022, dilaporkan terdapat sekitar 182,990 pelarian dan pencari suaka yang berdaftar dengan UNHCR di Malaysia, dengan majoriti berasal dari Myanmar.
- Pelarian in Malaysia menghadapi halangan yang kritikal untuk mendapatkan peluang pekerjaan. Pada masa ini, kerajaan di bawah Majlis Keselamatan Negara (MKN) jelas tidak membenarkan pelarian atau pencari suaka untuk bekerja di semua sektor di Malaysia termasuk sektor perladangan. Pelarian yang memegang kad UNHCR hanya dibenarkan bekerja dalam sektor tidak formal seperti bekerja sendiri untuk sara hidup.
- Menurut kajian oleh Pesuruhjaya Tinggi untuk Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR), dijangka 60% pekerja di Malaysia telah bekerja. Arahan Majlis Keselamatan Negara No. 23 dikatakan memberi sedikit kelonggaran kepada pemegang kad UNHCR dengan membenarkan mereka bekerja secara tidak formal, pekerjaan tidak formal di mana menjadikan pelarian terdedah kepada risiko eksploitasi yang tinggi, termasuk penderaan lisan dan fizikal oleh majikan, separa atau tidak membayar gaji, dan kekurangan perlindungan dalam persekitaran kerja berisiko tinggi.
- Sektor pekerjaan tidak formal yang besar di Malaysia, yang menyumbang 23% daripada jumlah pekerjaan pada tahun 2021, memberikan peluang sara hidup kepada pelarian. Mereka bekerja secara bergaji harian dalam bidang pekerjaan bergaji rendah.
- Semasa pandemik COVID-19, majikan di Malaysia berdepan dengan isu kekurangan. Selain itu, Indonesia juga menghentikan sementara semua proses berkaitan pengambilan pekerja dari negaranya di semua sektor pada Julai 2022, tetapi secara kontradiksi , pelarian tidak dibenarkan bekerja secara rasmi di negara ini kerana Malaysia bukan penandatangan Konvensyen Pelarian 1951 serta tidak mengiktiraf status pelarian, menyebabkan mereka dianggap sebagai pendatang asing tidak berdokumen.
- Pada tahun 2022, Malaysia menghadapi isu kekurangan pekerja kronik yang memerlukan sekurang-kurangnya 1.2 juta pekerja iaitu 627,000 dalam industri pembuatan , perladangan (120,000) dan 550,000 dalam pembinaan, dan isu untuk telah dibangkitkan, tetapi tiada cara penyelesaian yang jelas pada masa itu.
- Walaupun begitu, Rohingya telah pun menjadi sebahagian daripada tenaga kerja dalam industri berintensif buruh utama di Malaysia yang menghadapi kekurangan buruh, seperti pembinaan, walaupun tidak dibenarkan bekerja secara formal atau sah.
- Oleh itu kita perlu mencari jalan penyelesaian untuk menangani isu mengenai pengambilan pelarian dan pencari suaka, salah satu cara ialah membenarkan pelarian mendaftar dan bekerja sebagai pekerja asing berdasarkan undang-undang sedia ada dengan sedikit pindaan.
- Dengan ini, pelarian boleh sumbang lebih banyak pada ekonomi, di samping hak asasi mereka juga terpelihara.
- Malaysia tidak menandatangani Konvensyen Pelarian 1951 atau Protokol 1967 dan tidak mempunyai kerangka undang-undang atau pentadbiran untuk mengatur status dan hak pelarian. Untuk masa ini, pelarian yang memegang kad UNHCR hanya dibenarkan bekerja dalam sektor tidak formal untuk menampung kehidupan mereka. Melalui penambahbaikan yang dibuat kepada Arahan 23 Majlis Keselamatan Negara (MKN), panduan mengenai kebenaran bekerja bagi pelarian akan diperkenalkan.
- Dengan memperhalusi panduan, kita juga boleh memperkenalkan kawalan secara holistik dan memastikan keselamatan negara sepenuhnya dan tiada kompromi berhubung perkara ini.
Tuan Yang di-Pertua,
- Selain itu, Saya juga ingin menyarankan bahawa kerajaan harus membenarkan ahli parlimen mendapat akses terus ke pusat tahanan imigresen supaya dapat mengetahui situasi dan maklumat di pusat tahanan imigresen kerana berdasarkan Pesuruhjaya Suhakam, Jerald Joseph “ribuan pencari suaka” ditahan di sana pada 20 Mei 2021.
- Pada masa ini, ahli parlimen dan UNHCR tidak mempunyai akses terus untuk mendapatkan sebarang maklumat berhubung kejadian atau individu yang terlibat, dan ini telah menghalang ahli parlimen dan UNHCR memberikan bantuan kepada mereka dengan segera.
- Merujuk kepada Laporan Tahunan SUHAKAM 2020, terdapat 12 kes kematian dalam tahanan, termasuklah dua kes kematian dalam depot imigresen.
- Di samping itu, menurut Laporan Tahunan SUHAKAM 2020, orang-orang yang ditahan sering menghadapi tempoh penahanan yang berpanjangan, akses terhadap penjagaan perubatan yang terhad, dan tuduhan penyalahgunaan.
- Pada Julai 2022, terdapat 17,703 warga asing di pusat tahanan imigresen, termasuk wanita dan kanak-kanak. Individu-individu ini, sering melarikan diri daripada penganiayaan, keganasan, dan konflik di negara asal mereka, mendapati diri mereka berada dalam keadaan yang tidak menentu di dalam pusat tahanan ini. Hak asasi mereka yang asas dilanggar, dan kesejahteraan mental dan fizikal mereka merosot sementara mereka menunggu penyelesaian tuntutan suaka mereka.
- Berdasarkan Laporan Tahunan SUHAKAM 2020, semasa lawatan berkala, SUHAKAM juga mendapati kebanyakan tempat tahanan di Malaysia mempunyai masalah kudis buta (skabies) yang teruk.
- Sebagai kesimpulan, hak-hak pelarian, terutamanya dalam hubungannya dengan hak pekerjaan dan keadaan pusat tahanan, memerlukan perhatian dan tindakan kita. Statistik yang disajikan menunjukkan keperluan mendesak untuk reformasi dan dasar-dasar yang mempromosikan pendekatan inklusif dan perlindungan pelarian di Malaysia. Dengan memastikan akses pelarian kepada pekerjaan yang baik dan perlakuan yang manusiawi, kita dapat mendorong integrasi mereka, memberdayakan mereka untuk membina semula kehidupan mereka, dan memanfaatkan potensi mereka sebagai penyumbang yang berharga kepada masyarakat. Ia adalah tanggungjawab moral kita untuk berdiri untuk hak-hak pelarian.
Sekian sahaja ucapan perbahasan saya.
Terima kasih.