15 November 2023 – Teks Bahas Jawatankuasa Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi

15 November 2023 – Teks Bahas Jawatankuasa Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi

Datuk Yang di-Pertua,

  1. Pertamanya, saya ingin menyentuh Pembangunan 26, Butiran 10300, peruntukan SME bank yangtelah menunjukkan penurunan sebanyak 25%, iaitu RM 4 juta pada tahun 2023 dan dikurangkan kepada RM 3 juta untuk tahun 2024.
  • Saya juga ingin merujuk kepada Butiran 96000, Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS), iaitu sebanyak RM 6 juta disalurkan berbanding dengan tiada peruntukan pada tahun-tahun sebelum ini seperti tahun 2022 dan tahun 2023.
  • Tinjauan Pertengahan Tahun Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SAMENTA), yang dijalankan pada bulan September lalu dengan lebih daripada 500 PKS pelbagai saiz dan industri yang mengambil bahagian, melukiskan gambaran yang jelas tentang cabaran yang dihadapi oleh PMKS.
  • Selain daripada margin keuntungan yang nipis, PKS melaporkan kesukaran mendapatkan pinjaman, dengan 35% responden mengakui ketidakmampuan mereka memperoleh pembiayaan disebabkan oleh kekurangan cagaran, proses permohonan yang rumit, kadar faedah yang tinggi, dan kekurangan sejarah kredit.
  • Selain itu, sebanyak 29% PKS menyatakan bahawa mereka hanya memiliki rizab tunai kurang dari dua bulan, walaupun 60 peratus melaporkan peningkatan prestasi perniagaan. Hasil ini menekankan keperluan untuk tindakan segera bagi meningkatkan akses kepada pembiayaan dan memperbaiki situasi kewangan bagi PKS, memberikan kesan positif kepada pertumbuhan ekonomi secara keseluruhan.
  • Menurut sistem perbankan, penunjuk pinjaman untuk Januari hingga Julai 2022 dan 2023 membandingkan bahawa kelulusan pinjaman untuk PKS hanya RM 95 bilion, tetapi kelulusan pinjaman perumahan ialah RM 212.7 bilion. Pengeluaran pinjaman ini mencerminkan bahawa bank lebih bersedia memberikan pinjaman kepada perumahan berbanding PKS. Tindakan perlu diambil untuk menyelaraskan semula pendekatan pembiayaan agar lebih adil dan memberikan sokongan kewangan yang seimbang kepada pelbagai sektor ekonomi.
  • Dalam hal ini SME bank dilihat memainkan peranan yang pasif dalam kerangka Institusi Kewangan Pembangunan (DFI).
  • Oleh itu, saya ingin bertanya adakah kementerian bersetuju bahawa harus menambahkan lesen-lesen bank kepada institusi-institusi kewangan yang mampu menawarkan perkhidmatan kepada PKS?

Tuan Yang di-Pertua,

  • Kedua, ialah peruntukan yang diagihkan kepada SME Corp. Malaysia, yang hanya mendapat sejumlah RM 122.6 juta bagi tahun 2024 dalam Pembangunan 26, Butiran 00601, 00603, 00606, 00607 dan 00608.
  1. Dengan perbandingan, Pembangunan 26, Butiran 30000 TEKUN, Butiran 50000 PERNAS dan Butiran 96000 INSKEN, yang telah mendapat jumlah sebanyak RM 347 juta mempunyai fungsi yang sama dengan SME corp dengan menawarkan inisiatif pembangunan kapasiti dan  pertumbuhan usahawan.
  1. Kita sedia maklum bahawa peruntukan ini diperlukan untuk memperkuat kabinet konsep “pusat sehenti PMKS”. Perkasa dan perluaskan SME Corp yang dilihat lebih lengkap ekosistem sokongannya untuk merangkumi segala urusan dan bantuan PMKS, dan meletakkan SME Corp di bawah sebuah kementerian yang betul-betul tumpu memartabatkan PKS.
  1. Justeru, persoalan saya:
  2. Dengan hanya RM122.6 juta bagi SME Corp tahun ini, bagaimana kerajaan boleh memperluaskan SME Corp? Tambahan pula, dalam Bekalan 26, Butiran 020500 SME Corp. Malaysia menunjukkan peruntukan opex sebanyak RM 40 juta, bermakna bahawa 1/3 daripada peruntukan tersebut akan diagihkan untuk operasi SME Corp.
  • Saya juga ingin memperoleh maklumat mengenai pinjaman tidak berbayar (NPL) bagi SME Bank, TEKUN, dan PERNAS. Selain itu, berapa jumlah dana atau simpanan yang sedia ada dalam akaun masing-masing?
  • Berdasarkan laporan-laporan atau statistik-statistik SME Bank, TEKUN, PERNAS dan INSKEN sebelum ini, berapakah jumlah usahawan yang dijangka atau disasar dapat dimanfaatkan sepanjang inisiatif ini dan kesannya terhadap pertumbuhan PMKS?

Sekian, itu sahaja.

Terima kasih.

Leave a Comment