(BELANJAWAN 2025) Perbahasan Peringkat Jawatan Kuasa (J/K) Kementerian Dalam Negeri

(BELANJAWAN 2025) Perbahasan Peringkat Jawatan Kuasa (J/K) Kementerian Dalam Negeri

  1. KOD BEKALAN 020210 Kepolisan
  1. Sudah lebih 7 tahun kejadian Raymond Koh dan Amri Che Mat dihilangkan secara paksaan, dan sehingga kini tiada satu penjelasan dan kesimpulan dalam kes tersebut.
  • Kejadian tersebut berlaku di Petaling Jaya, dan saya terpanggil untuk memperjuangkan isu ini kerana saya tidak mahu sesiapa di PJ dan Malaysia, tidak kira Melayu, Cina, India, Dayak ataupun Kadazan yang “terpaksa” dihilangkan bertahun-tahun dan masih tiada satu penjelasan ataupun kesimpulan yang boleh diterangkan kepada keluarga dan rakyat.
  • Saya menyeru supaya jangan pula tindakan polis menunjukkan kurangnya minat untuk menegakkan keadilan bagi individu dan keluarga yang terlibat. Bukti rakaman CCTV dan saksi mata telah menunjukkan penglibatan 15 individu dalam penculikan suaminya, termasuk sebuah Toyota Vios emas milik Saiful Bahari Abd Aziz yang dikaitkan dengan Cawangan Khas polis.
  • Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) pada 2019 telah menyimpulkan bahawa Koh dan Amri diculik oleh Cawangan Khas polis berdasarkan bukti langsung dan tidak langsung.
  • Mengenai laporan pasukan petugas khas yang diklasifikasikan sebagai rahsia rasmi, keluarga yang mengalami dugaan tersebut terpaksa mengambil tindakan undang-undang untuk mendapatkan laporan tersebut.
  • Saya juga mengambil maklum bahawa pengerusi pasukan petugas khas, Datuk Abdul Rahim Uda, telah memberi keterangan di mahkamah bahawa perlu ada badan siasatan bebas untuk menyiasat individu yang dikenal pasti dalam laporan Suhakam dan mencadangkan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI).
  • Saya berpandangan bahawa jika kerajaan benar-benar ikhlas dalam memastikan keadilan bagi Koh, Amri, dan keluarga mereka, ia harus mengikuti cadangan pasukan petugas khas untuk menjalankan siasatan bebas. Dan bagi saya, penubuhan RCI adalah satu penyelesaian terbaik yang memberikan keadilan kepada semua pihak. Pohon jawapan kementerian.
  • KOD BEKALAN 030200 Hal Ehwal Imigresen
  1. Terdapat masalah Visa untuk paderi dan biarawati asing, pensyarah seminari asing dan keluarga mereka, pelajar seminari asing dan keluarga mereka, pakar dan sukarelawan asing yang berkhidmat dalam kerja sosial, kebajikan dan pembangunan masyarakat gereja.
  • Satu dasar konsisten dengan gereja dan agama lain perlu dikemukakan untuk membolehkan perkara ini diuruskan secara teratur. Perbincangan dengan Kementerian Dalam Negeri dan pegawai Imigresen perlu dimulakan semula, yang mana telah tertangguh sejak tahun 2018 di bawah kepimpinan Muhyiddin dan Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri.

Padi menguning di tengah sawah,

Hasil dituai penuh berkat,

Madani membawa jiwa amanah,

Keadilan dijunjung, rakyat muafakat

Sekian, terima kasih.

Leave a Comment