MAKSUD BEKALAN/PEMBANGUNAN 13
1) Bekalan 13, Butiran 020000 Hubungan Diplomasi dan Kerjasama Pelbagai Hala, secara khusus butiran 020200 iaitu Hak Asasi Manusia dan Kemanusiaan yang mendapat peruntukan sebanyak RM 1.23 juta tahun 2023 berbanding RM 1.15 juta tahun 2022.
Pada petang ini, izinkan saya untuk memfokuskan tentang pelanggaran hak asasi manusia yang diabaikan oleh tentera Junta Myanmar dan terkait pendirian dan mekanisma yang diambil Malaysia terkait isu ini.
Kita sedia maklum bahawa isu keganasan tentera junta di Myanmar dan minoriti Rohingnya muslim yang tertindas bukanlah isu asing lagi di persada dunia. Negara Malaysia sendiri sentiasa kedepan dalam menggesa solusi bersama yang perlu diambil oleh negara-negara luar, terutama negara ASEAN agar konflik ini dapat dinoktahkan.
Pencabulan Hak Asasi Kemanusiaan
- a) Pembunuhan haram
- • Sekurangnya 2,371 orang telah dibunuh sejak pemerintahan Junta mengambil alih
- • Pembunuhan itu banyak dilakukan keatas ‘street demonstrator’ yang melawan kezaliman pemerintahan tentera Junta
- • Sejak Mac 2021, polis dan tentera mula menggunakan kekerasan sekalipun demonstrasi diadakan secara aman. Sekurangnya 700 orang terbunuh, yang mana majoritinya ditembak mati dan sekurangnya 281 wanita dan kanak-kanak terbunuh.
- • Konflik bersenjata juga semakin sengit sejak rampasan kuasa. Junta telah membunuh orang awam melalui pencerobohan darat, serangan udara dan taktik lain
- b) Kanak-Kanak dan Wanita
- The Women’s League of Burma and the Women’s Advocacy Coalition juga menyatakan tahap keganasan seksual juga telah meningkat sejak rampasan kuasa oleh Junta
- Lebih meruncingkan, ekonomi yang merudum telah menjadikan lebih ramai wanita menjadi mangsa rangkaian pemerdagangan manusia
- Malah, ada tentera yang merogol isteri di hadapan suaminya sendiri di Chin State pada Nov 2021
- Sepanjang lebih 15,780 orang yang ditahan, sekurangnya 3,300 adalah wanita. Mereka telah diseksa dengan keganasan seksual, dan berbagai perlakuan yang memalukan sewaktu ditahan dalam tahanan, selain dihalang akses kepada produk sanitari dan menjejaskan hak asas wanita mereka
- c) Rohingnya minoritI
- Isu muslim Rohingya di Rakhine State juga masih terancam untuk bertahun-tahun lamanya
- Military junta juga tidak melakukan apa-apa untuk mereformasi undang-undang dan dasar yang kompleks, yang meletakkan sekatan berat terhadap kebebasan pergerakan Rohingnya, akses kepada pendidikan, kesihatan dan pekerjaan untuk beberapa dekad lamanya
- The Burmese Rohingnya Organization UK juga telah menegaskan bagaimana junta telah mengabaikan langkah sementara yang dikenakan oleh International Court of Justice yang mengarahkan Myanmar menamatkan amalan pembunuhan beramai-ramai terhadap Rohingya
Justeru, persoalan saya:
➢ Adakah tindakan lanjut Kementerian terkait pencabulan hak asasi manusia yang terjadi kepada Myanmar sehingga kumpulan minority Rohingya terpaksa melarikan diri ke negara jiran, termasuk Malaysia untuk menyelamatkan diri dan akhirnya negara pula perlu mempertimbangkan hak-hak asasi manusia mereka?
➢ Adakah peruntukan dari Kementerian sendiri termasuk untuk pelaksanakan pelan-pelan hak asasi manusia bersama dengan organisasi negara-negara luar seperti ASEAN dan bagaimanakah Kementerian mencapai solusi bersama terkait hal tersebut memandangkan prinsip ‘Non-Interference’ yang diaplikasi diantara negara-negara ASEAN misalnya?
2) Bekalan 13, Butiran 04000 Hubungan Diplomasi dan Kerjasama Pelbagai Hala, yang merujuk kepada Butiran 040100 Bahagian Asia yang mendapat peruntukan sebanyak RM 5.99 juta tahun 2023 berbanding RM 4.71 juta tahun 2022.
Saya ingin merujuk secara spesifik kepada isu yang terjadi di organisasi ASEAN:
- a) Pembahagian bloc dalam ASEAN
- ASEAN kekal berpecah dalam menangani krisis di Myanmar
- Sementara Malaysia & Indonesia kekal mendesak ASEAN untuk mengadakan lebih libat urus dengan NUG dan pertubuhan- pertubuhan pro-demokrasi, namun negara ASEAN yang lain kelihatan seperti lebih berat sebelah kepada Junta
- Pada April 2021 di Jakarta, Indonesia juga telah mengadakan Special Summit yang mana Five-point Consensus telah dilaksanakan. Sejak itu, terdapat libat urus secara tidak formal bersama NUG, melihat kepada komponen penting untuk menyelesaikan isu ini. Malaysia juga sentiasa kedepan untuk menggerakkan inisiatif ini
- YAB PM DSAI juga sewaktu kunjungan hormat ke Filipina pada awal Mac 2023 ini juga, telah memberitahu Presiden Filipina Ferdinand Marcos Jr. bahawa ASEAN harus mempertimbangkan pendekatan baharu dalam menyelesaikan krisis berlarutan di Myanmar
- Malah, beliau turut menggesa ASEAN untuk menerajui usaha diplomatik untuk membawa keamanan, dan perlu lebih tegas memandangkan Malaysia sahaja telah memikul lebih 200,000 pelarian dari Myanmar.
Berdasarkan isu yang dinyatakan, saya hanya ingin berkongsi cadangan tentang hala tuju ASEAN yang boleh diambil kira oleh pihak Kementerian seperti berikut:
➢ NEGARA-NEGARA ASEAN perlu:
1) Menyedari bahawa Five-Point Consensus telah gagal dan Min Aung Hlaing’s junta bukanlah rakan kongsi yang boleh dipercayai. ASEAN perlu mengabaikan the Five-Point Consensus dalam konteks sekarang dan:
- Berunding perjanjian yang baru berkaitan krisis Myanmar dengan NUG dan wakil-wakil EAOs. Perjanjian baru perlu disertakan dengan mekanisme penguatkuasaan
2) Mengkaji semula mandate AHA Center, bagi memastikan ianya efektif untuk situasi konflik. Malah, memperkukuh pembiayaan dan kapasiti logistik. Ini termasuk pro-democracy forces untuk perundingan dan kerja-kerja keatas hak asasi manusia
3) Menukar mandat dan perlantikan mekanisma untuk Special Envoy ke Myanmar dengan:
- Menjadikan ianya sebagai full time position
- Special Envoy itu dilantik oleh semua negara ASEAN, daripada membiarkan kedudukan pengerusi ASEAN itu silih berganti. Specil Envoy itu seharusnya mewakili dan bertanggungjawab ke atas seluruh ASEAN, dan bukan kepada Pengerusi sahaja
4) Memberi ‘asylum’ dan perlindungan undang-undang kepada refugees yang lari daripada Myanmar, termasuk Rohingnya dan kumpulan lain yang lari dari kekejaman tentera.
SEKIAN, TERIMA KASIH.