Perbahasan Peringkat Jawatan Kuasa (J/K) Kementerian Ekonomi

Perbahasan Peringkat Jawatan Kuasa (J/K) Kementerian Ekonomi

  1. Matlamat Pembangunan Mampan
  2. Pembangunan 15, Butiran 00010 Matlamat Pembangunan Mampan dengan peruntukkan sebanyak RM23 juta tahun 2025, berbanding anggaraan perbelanjaan RM17.9 juta pada tahun 2024.
  • Berpandukan Agenda 2030 Matlamat Pembangunan Mampan, ianya penting sebagai rangka panduan negara mencapai masa depan yang lebih mampan dan holistik. Ini perlu selari dengan nilai-nilai MADANI yang diterap oleh Kerajaan tentang kelestarian, ihsan, dan memahami keperluan holistik untuk terus hidup sebagai sebuah negara yang stabil, harmoni dan rakyatnya sebagai modal insan yang boleh dibanggakan.
  •  ‘The Sustainable Development Report 2024’ melaporkan Laporan Indeks SDG Malaysia berada di tangga 79 daripada 166 negara, dimana pencapaian skor indeks SDGnya ialah 69.3% berbanding paras negara serantau, iaitu 66.5% keatas keseluruhan pencapaian 17 teras SDGs.
  • Laporan tersebut juga melaporkan teras SDG seperti i) kelaparan sifar (teras 2), kesaksamaan jantina (teras 5), ketidaksaksamaan yang kurang (teras 10), kehidupan dalam air (teras 14) dan kehidupan darat (teras 15) adalah antara cabaran yang besar bagi negara, namun kemiskinan sifar (teras 1) dan bandar dan Masyarakat mampan (teras 11) menunjukkan pembangunan dan impak yang positif.
  • Saya kira kita perlu melihat apa yang boleh ditambah baik, dan memperkasa usaha sinergi bersama pelbagai lapisan masyarakat.
  • Namun, sekalipun kita berpandukan global standard SDG yang digarisaskan UN, saya ingin tahu:
  • Apakah lensa, pendekatan, dan mekanisma SDG yang diguna pakai Kerajaan bagi memastikan kita tidak tersasar dari konteks Malaysia dalam matlamat membangunkan kualiti kehidupan masyarakat yang mampan, disamping memacu pertumbuhan ekonomi;
  • Adakah Kementerian mempunyai data-data terkini pelaksanaan setiap indikator 17 teras SDGs melalui perincian setiap negeri, daerah, kawasan parlimen, serta bidang/ sektor yang dinilai bagi memastikan keseluruhan Agenda 2030 SDG dapat digembleng bersama.
  • Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (CCUS)
  • Pembangunan 15: Butiran 00700 Pelan Tuju Peralihan Tenaga Negara, yang mendapat peruntukan sebanyak RM 305.9 juta untuk tahun 2025
  • Kita maklum tentang Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga (National Energy Transition Roadmap) yang ingin mengangkat Malaysia menjadi peneraju serantau dalam tenaga boleh baharu, disamping memastikan negara dapat mencapai sasaran ‘net zero carbon’ seawal-awalnya pada tahun 2050. Ini juga seperti yang termaktub dalam Rancangan Malaysia Ke-12
  •  Saya terus ingin menumpukan kepada CCUS:
  • Industri CCUS ini berpotensi menjadi penjana pertumbuhan ekonomi negara dan pelaburan asing bernilai tinggi Malaysia, dimana dianggarkan industri CCUS mampu menyumbang US$200 billion (RM880 Bilion) – US $250 bilion (RM1.1 trillion) dalam tempoh 30 tahun ini.
  • Anggaran 200,000 peluang pekerjaan baharu serta Pembangunan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam bidang berkaitan juga akan dapat diwujudkan.
  • Industri CCUS ini telah lama dibangunkan di negara-negara Eropah dan Amerika Utara. Contoh, Norway telah bermula sejak tahun 1996 dan menyimpan kekal sebanyak 20 juta tan CO2. Namun negara di Asia-Pasifik kebanyakannya masih pada peringkat awal rangka undang-undang dan kawal selia CCUS.
  1. Negara jiran seperti Indonesia lebih kedepan. Sejak 2023, Indonesia telah mewujudkan 2 undang-undang CCUS, yang menyatakan komitmen Indonesia untuk menjadi hab penyimpanan serantau, selain menetapkan struktur penjanaan ekonomi bagi aktiviti CCUS melalui ‘cross-border carbon trading or storage fees’, bagi industri-industri selain sektor minyak dan gas, sekalipun rangka pasaran masih belum ditubuhkan sepenuhnya.
  • Justeru, Malaysia perlu bertindak segera merangka undang-undang, kawal selia dan piawaian CCUS agar Malaysia tidak terkecuali menjadi hab dan peneraju industri CCUS di Asia.
  • Malah, kita mempunyai kelebihan dimana Malaysia mempunyai sumber tapak-tapak geologi yang berpotensi untuk dijadikan tapak penyimpanan kekal CO2, jika dibandingkan dengan negara seperti Singapura, Jepun, dan Korea Selatan, yang tidak menikmati keistimewaan yang sama.
  • Justeru, soalan saya:
  • Apakah perancangan kawal selia, piawaian, struktur dan model perniagaan aktiviti CCUS yang akan dibangunkan Kerajaan bagi memastikan Malaysia menjadi hab penyimpanan serantau;
  • Bagi memastikan adanya akauntabiliti di antara Kerajaan dan sektor-sektor industri atau pihak swasta dalam aktiviti CCUS, adakah Kerajaan mempunyai tanggungan liabiliti dan pembayaran pampasan terhadap pemegang industri/syarikat yang terlibat sekiranya ianya gagal dan tidak membantu Kerajaan mencapai sasaran pengurangan pelepasan gas C02.

Sekian, itu sahaja.

Terima kasih.

Leave a Comment